Saturday, May 7, 2016

KUIH BAKUL

kembalilagi bersama dengan resepi baru yang saya jumpa kat website lain....jeng..jengg...jengggg iaitu kuihhhh bakullllll..hahhaha...bahan2 yang digunakan tidak lah complicated mana..tetapi masa yang digunakan untuk menyediakan juadah ini sangatlah lama...makan masa hampir setengah hari...
ni rupa kuih bakul...
 selalunya, kuih bakul ini hanya banyak di pasaran pada musim Tahun Baru Cina sahaja...kalau hari-hari lain...hmmm...payah nak jumpa kuih ini...so..kalau nak makan ...terpaksalah buat sendiri...heheheh

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut (di ayak)
80 gm gula pasir
200 gm gula merah
250 ml air
Beberapa helai daun pisang
Beberapa utas tali rafia (untuk mengikat tin berukuran 5cm lebar dan tinggi 10cm

Cara-caranya:
1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan biarkan selama 15 minit.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
6. Didihkan air dan kecilkan api
7. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.


beginilah hasilnya nanti.... hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja...ataupun boleh di hiris dan dicelup dengan telur, dan selepas itu...boleh lah gorengggg...hehehe...selain itu boleh juga digoreng dengan ubi keladi dan ubi manis untuk dibuat kuih seperti dalam gambar dibawah...

sedappp!!!!!..boleh la try di rumah...

1 comment:

  1. Slots.io Casino Review - DrmCAD
    Casino 나주 출장샵 at DrmCAD. It's powered by 진주 출장마사지 Microgaming, and since 2019 has 포항 출장마사지 been a reliable 오산 출장안마 online 거제 출장샵 casino offering top quality games. With a welcome bonus of ₹4000

    ReplyDelete