Saturday, May 7, 2016

KAKI AYAM MASAK KICAP

bila nampak kaki ayam kat pasaraya mesti akan teringatkan kaki ayam goreng ataupun kerabu kaki ayam...tetapi hari ini, saya nak kongsikan resepi untuk KAKI AYAM MASAK KICAP ala chinese style...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini adalah seperti berikut:


Kaki ayam yang telah dibersihkan
Kicap pekat
Bawang besar
Lada besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Cendawan
Sos tiram
Lada hitam
Bahan perasa

Cara memasak:
1. Gaulkan kaki ayam dengan kicap pekat.

2. Kemudian, gorengkan kaki ayam tersebut sampai kering, dan pastikan kuali ditutup semasa mengoreng.

3. Dalam kuali atau periuk lain, didihkan air dan masukkan bawang besar, bawang putih, bawang merah, cendawan, dan juga kaki ayam yang telah digoreng kering tadi.



4. Boleh masukkan lagi kicap agar warnanya lebih menarik.
5. Seterusnya, masukkan sos tiram, dan lada hitam. Kemudian, biarkannya sehingga mendidih dan bolehlah kecilkan atau tutupkan api.
6. Selepas itu, masukkan bahan perasa, dan tunggu sehingga air menjai pekat dan kaki ayam menjadi lembut.

tadaaa...inilah hasilnya selepas siap...
cubalah resepi ini...bila dah try konfom nant nak buat lagi....memang sedap dan boleh dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja...hehehhe

No comments:

Post a Comment