Saturday, May 7, 2016

KUIH BAKUL

kembalilagi bersama dengan resepi baru yang saya jumpa kat website lain....jeng..jengg...jengggg iaitu kuihhhh bakullllll..hahhaha...bahan2 yang digunakan tidak lah complicated mana..tetapi masa yang digunakan untuk menyediakan juadah ini sangatlah lama...makan masa hampir setengah hari...
ni rupa kuih bakul...
 selalunya, kuih bakul ini hanya banyak di pasaran pada musim Tahun Baru Cina sahaja...kalau hari-hari lain...hmmm...payah nak jumpa kuih ini...so..kalau nak makan ...terpaksalah buat sendiri...heheheh

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut (di ayak)
80 gm gula pasir
200 gm gula merah
250 ml air
Beberapa helai daun pisang
Beberapa utas tali rafia (untuk mengikat tin berukuran 5cm lebar dan tinggi 10cm

Cara-caranya:
1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan biarkan selama 15 minit.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
6. Didihkan air dan kecilkan api
7. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.


beginilah hasilnya nanti.... hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja...ataupun boleh di hiris dan dicelup dengan telur, dan selepas itu...boleh lah gorengggg...hehehe...selain itu boleh juga digoreng dengan ubi keladi dan ubi manis untuk dibuat kuih seperti dalam gambar dibawah...

sedappp!!!!!..boleh la try di rumah...

KAKI AYAM MASAK KICAP

bila nampak kaki ayam kat pasaraya mesti akan teringatkan kaki ayam goreng ataupun kerabu kaki ayam...tetapi hari ini, saya nak kongsikan resepi untuk KAKI AYAM MASAK KICAP ala chinese style...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini adalah seperti berikut:


Kaki ayam yang telah dibersihkan
Kicap pekat
Bawang besar
Lada besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Cendawan
Sos tiram
Lada hitam
Bahan perasa

Cara memasak:
1. Gaulkan kaki ayam dengan kicap pekat.

2. Kemudian, gorengkan kaki ayam tersebut sampai kering, dan pastikan kuali ditutup semasa mengoreng.

3. Dalam kuali atau periuk lain, didihkan air dan masukkan bawang besar, bawang putih, bawang merah, cendawan, dan juga kaki ayam yang telah digoreng kering tadi.



4. Boleh masukkan lagi kicap agar warnanya lebih menarik.
5. Seterusnya, masukkan sos tiram, dan lada hitam. Kemudian, biarkannya sehingga mendidih dan bolehlah kecilkan atau tutupkan api.
6. Selepas itu, masukkan bahan perasa, dan tunggu sehingga air menjai pekat dan kaki ayam menjadi lembut.

tadaaa...inilah hasilnya selepas siap...
cubalah resepi ini...bila dah try konfom nant nak buat lagi....memang sedap dan boleh dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja...hehehhe

TAUFU FAH

Resepi seterusnya.. sayan akan berkongsi dengan anda cara untuk membuat dessert TAUFU FAH yang mudah dan sedap..saya dah try dah time cuti haritu..tapi outcomenya terlalu lembut..hahaha...bila dimakan sedaplah juga..hehehhe...resepi yang saya nak kongsikan ini saya dapat dari perkongsian orang di FB..hehhehe


Bahan-bahan:
2 kotak besar susu soya
Agar-agar tali sepeket (18gram)
Air 1 mug (saiz standard)
Gula merah/ gula Melaka

Cara memasak:
1. Masak agar-agar bersama dengan 1 mug air sehingga agar-agar hancur.
2. Kemudian masukkan 2 kotak soya dan gaulkan sehingga sebati.
3. Seterusnya, tutup api dan tapiskan acuan soya tadi supaya taufu fah tidak berketul apabila dimakan. Masukkan acuan yang telah ditapis kedalam peti sejuk setelah acuan tidak terlalu panas.




4. Dalam periuk lain, masak gula Melaka dengan air, dan kemudia tapiskan.

5. Siap untuk dihidangkan.
dessert ini sedap dimakan ketika sejuk...apatah lagi bila cuaca panas...makan lagi sejuk2..baru la umphhh...org kata..hahhahaha

Wantan Ho chinese style

WANTAN HO


Untuk resepi pertama yang ingin dikongsikan adalah resepi Wantan Ho chinese style...resepi ini simple je..xda lah susah sht nk masak...bahan2 pun senang nak disediakan...

Bahan-bahan:
Bahan untuk kue teow:-
Minyak masak
Kue Teow
Kicap masin
Bahan kuah:-
Sawi
Sotong
Udang
Bawang putih
Air
Garam
Kiub ayam
Telur ayam
Tepung jagung




ok..sekarang untuk cara masaknya pula..kita akan mulakan dengan memasak kue teow dahulu..

1. Mula-mula, panaskan minyak, dan kemudian masukkan kue teow serta kicap masin.
2. Gaulkan semua bahan dalam kuali dengan gunakan api yang kuat selama beberapa minit  sehingga kue teow hangus-hangus sedikit, dan kemudian boleh keluarkan dan letakkan diatas    pinggan yang sesuai.

masak sehingga rupanya seperti dalam gambar diatas..
Kemudian untuk cara menyediakan kuahnya pula: 

1. Mula-mula, panaskan minyak, dan masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan dan          dipotong mengikut bentuk atau cara yang tersendiri.
2. Setelah udang dan sotong setengah masak, masukkan bawang putih yang di potong halus, dan  tunggu sehingga naik bau dan warna bawag putih berwarna kuning keemasan.
3. Kemudian masukkan air, garam, dan kiub ayam, dan tungguh sehingga mendidih sedikit.
4. Seterusnya, masukkan sawi yang telah dipotong dan dibersihkan kedalam kuali.
5. Masukkan juga air bancuhan tepung jagung kedalam kuali (kepekatan mengikut selera anda).
6. Bila kuah dah menjadi pekat, matikan api dan masukkan telur sambil gaulkan kuah tersebut  mengikut satu arah sahaja bagi mendapatkan struktur telur yang cantik.
7. Hidangan siap untuk dihidangkan.






 
tadaaa....siap untuk dihidangkan...sedap bila dimakan sementara masih panas...


sekian sahaja untuk resepi ini....^o^