Saturday, May 7, 2016

Wantan Ho chinese style

WANTAN HO


Untuk resepi pertama yang ingin dikongsikan adalah resepi Wantan Ho chinese style...resepi ini simple je..xda lah susah sht nk masak...bahan2 pun senang nak disediakan...

Bahan-bahan:
Bahan untuk kue teow:-
Minyak masak
Kue Teow
Kicap masin
Bahan kuah:-
Sawi
Sotong
Udang
Bawang putih
Air
Garam
Kiub ayam
Telur ayam
Tepung jagung




ok..sekarang untuk cara masaknya pula..kita akan mulakan dengan memasak kue teow dahulu..

1. Mula-mula, panaskan minyak, dan kemudian masukkan kue teow serta kicap masin.
2. Gaulkan semua bahan dalam kuali dengan gunakan api yang kuat selama beberapa minit  sehingga kue teow hangus-hangus sedikit, dan kemudian boleh keluarkan dan letakkan diatas    pinggan yang sesuai.

masak sehingga rupanya seperti dalam gambar diatas..
Kemudian untuk cara menyediakan kuahnya pula: 

1. Mula-mula, panaskan minyak, dan masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan dan          dipotong mengikut bentuk atau cara yang tersendiri.
2. Setelah udang dan sotong setengah masak, masukkan bawang putih yang di potong halus, dan  tunggu sehingga naik bau dan warna bawag putih berwarna kuning keemasan.
3. Kemudian masukkan air, garam, dan kiub ayam, dan tungguh sehingga mendidih sedikit.
4. Seterusnya, masukkan sawi yang telah dipotong dan dibersihkan kedalam kuali.
5. Masukkan juga air bancuhan tepung jagung kedalam kuali (kepekatan mengikut selera anda).
6. Bila kuah dah menjadi pekat, matikan api dan masukkan telur sambil gaulkan kuah tersebut  mengikut satu arah sahaja bagi mendapatkan struktur telur yang cantik.
7. Hidangan siap untuk dihidangkan.






 
tadaaa....siap untuk dihidangkan...sedap bila dimakan sementara masih panas...


sekian sahaja untuk resepi ini....^o^

No comments:

Post a Comment